Monday 9 May 2011

Wacana Tokoh; Wali Songo dan Peranannya Dalam Perkembangan Ialam di Nusantara.

Monday 9 May 2011

WACANA TOKOH; WALI SONGO DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN
ISLAM DI NUSANTARA

Pada 17 Mei 2011 (Selasa)
Di anjurkan oleh Grup Wali Songo, Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD)
Dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Di Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang

PENGENALAN

Wacana ini membawakan dengan lebih dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara, sekaligus menampilkan peranan-peranan penting Wali Songo dalam mengembangkan Islam di Tanah Jawa. Sebagai satu wacana yang di terajui oleh orang muda, satu sesi analisis anak muda dalam mengkaji metodologi dakwah Wali Songo untuk di adaptasi kepada dakwah masakini juga akan di sentuh.

Semoga wacana ini akan membuka ruang dan peluang bagi anak muda untuk mengenali dan meneladani tokoh Islam di Tanah Jawa ini sekaligus mengadaptasi pendekatan dakwah mereka supaya lebih bersesuaian dengan masakini.

MATLAMAT

  1. Memperkenalkan kepada masyarakat mengenai sejarah perkembangan Islam di Nusantara.
  2. Menjejak kembali peranan Wali Songo dan metodologi dakwah dalam menyebarkan Islam di Tanah Jawa.
  3. Meneladani perjuangan Wali Songo dalam menegakkan Islam di Tanah Jawa sekaligus untuk diadaptasikan dengan situasi semasa.
Ingin mengenal sejarah, asal-usul Islam dan integrasi agama dan budaya yang telah merubah nusantara daripada sebuah rantau penyembah alam kepada penyembah Yang Maha Esa? Jemput hadir ke wacana ini :)

Maklumat lanjut sila hubungi:
Fatimah: 013-2182429
Fadhilah: 019-3731173

Menjejak. Meneladani. Memimpin.

Thursday 5 May 2011

Sembilan Wali di Tanah Jawa

Thursday 5 May 2011

Sejarah merupakan antara elemen penting yang telah hilang dalam diri majoriti masyarakat pada hari ini. Kebanyakan orang lebih gemar mendakap idea mencipta kegemilangan sejarah yang tersendiri, terpisah dari masa silam yang dikatakan kolot dan tidak memberi manfaat. Masih, mereka ingin mencatat nama dalam sejarah, dan sepertimana mereka tidak menghormati dan mengabaikan sejarah, seperti itu juga generasi akan datang tidak menghargai sejarah.

Sejarah perkembangan awal Islam di Nusantara sudah banyak di bicarakan dan di kaji oleh para sejarawan yang akhirnya membentuk beberapa teori kedatangan Islam yang menjadi sandaran ahli sejarah masa kini. Namun di sebalik sejarah yang panjang, terdapat sekumpulan Ulama’ yang di katakan telah banyak menyumbang kepada membangunnya Islam di Nusantara terutamanya Tanah Jawa. Merekalah yang lebih di kenali sebagai Wali Songo oleh penduduk setempat.

Era Wali Songo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam. Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia. Khususnya di Jawa. Tentu banyak tokoh lain yang juga berperanan. Namun peranan mereka yang sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga pengaruhnya terhadap kebudayaan masyarakat secara luas serta dakwah secara langsung, membuat “sembilan wali” ini lebih banyak disebut dibanding yang lain.[1]

Dalam buku Misteri Syaikh Siti Jenar oleh Prof. Hasanu Simon, keterlibatan Wali Songo dalam membangunkan Islam di Jawa bukan hanya dari sudut keagamaan, malah juga mencakupi agenda politik, kepimpinan, ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Apa yang lebih menarik megenai Wali Songo ini ialah bagaimana method dakwah mereka menyampaikan Islam kepada masyarakat Jawa yang waktu itu sangat kuat berpegang pada agama Hindu dan Budhha. Di dalam novel 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' tulisan Faisal Tehrani juga ada di nayatakan secara ringkas perilhal method dakwah sembilan wali ini.

InsyaAllah pada entri seterusnya akan di kongsikan secara ringkas dan padat perjalanan dakwah Wali Songo di Tanah Jawa.

Wallahu'alam.